Halaman

Ahad, Januari 29

29


semakin usia menghitung masa
semakin jiwa mengerti cinta





Khamis, Januari 26

Suci

1. Tersenyum membaca artikel ini.

2. Alhamdulillah, jelas matlamat utamanya - mempelajari, memahami & mengamal sunnah Baginda, dan yang paling ketara mahu memartabat hubungan rumahtangga.

3. Secara peribadi, apa yang tak menarik hati ialah pada istilah. Seks Islam.

4. Dimaksudkannya seks suci, ialah perhubungan kelamin antara suami isteri yang mempunyai hubungan yang halal.

5. Ya, Islam membenarkan seks selepas kahwin, dan menjadi sebahagian tuntutan dalam hubungan suami-isteri. Yang sepatutnya menjadi pokok ialah, perhubungan selepas kahwin. Bukan seks. Apabila seks dijadikan perkara pokok, maka dikembangkan hujah ini kepada isu homoseksual, isu di ranjang.

6. Memang secara dasarnya sama, mahu memberi kefahaman dan pengajaran, mahu mencegah.

7. Cuma pada istilah dan hujah, memberi gambaran negatif untuk seorang tipikal Melayu seperti saya.

8. Atau mungkin, tak tercapai dek akal saya yang bujang ni?

Ahad, Januari 15

Surat Untuk Bumi

kudapatkan kelewatan ini anginmu sinis
, menghiris
deras ngelusmu keras nyelungmu

kenapa angin
derumu laju tak setenang dulu?

Khamis, Disember 29

Nasihat.

Adik-adik,

avoid social networks,
manage your addiction.


tak perlu update apa awak rasa semasa ke semasa
tak perlu upload gambar awak yang comel-comel belaka
tak perlu stalk orang yang awak suka-sebab-dia-cantik-dan-hensem gila

you have to think.
masa depan awak panjang lagi.








start reading.

Khamis, Disember 22

Pilihan

Hidup selalu membuat kita keliru dengan pilihan.

Teruskan,
atau
lepaskan.

Yang mana keduanya terkendong baik dan mudaratnya.
Pilihlah yang mana hati kuat untuk memikulnya -bebannya dan lukanya.