Halaman

Khamis, Januari 26

Suci

1. Tersenyum membaca artikel ini.

2. Alhamdulillah, jelas matlamat utamanya - mempelajari, memahami & mengamal sunnah Baginda, dan yang paling ketara mahu memartabat hubungan rumahtangga.

3. Secara peribadi, apa yang tak menarik hati ialah pada istilah. Seks Islam.

4. Dimaksudkannya seks suci, ialah perhubungan kelamin antara suami isteri yang mempunyai hubungan yang halal.

5. Ya, Islam membenarkan seks selepas kahwin, dan menjadi sebahagian tuntutan dalam hubungan suami-isteri. Yang sepatutnya menjadi pokok ialah, perhubungan selepas kahwin. Bukan seks. Apabila seks dijadikan perkara pokok, maka dikembangkan hujah ini kepada isu homoseksual, isu di ranjang.

6. Memang secara dasarnya sama, mahu memberi kefahaman dan pengajaran, mahu mencegah.

7. Cuma pada istilah dan hujah, memberi gambaran negatif untuk seorang tipikal Melayu seperti saya.

8. Atau mungkin, tak tercapai dek akal saya yang bujang ni?

0 anotasi: